Pages

Sunday, August 8, 2010

Jamuan Koperasi

     Untuk menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan pengawas Koperasi, Lembaga Koperasi telah mengadakan jamuan pada 30 Julai 2010. Tujuan jamuan tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan antara pengawas koperasi supaya dapat bergaul mesra antara satu sama lain tanpa mengira umur dan agama.

     Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang jamuan tersebut ialah permainan yang melibatkan dua kumpulan yang berdiri di  atas kerusi yang bertentangan. Ahli kumpulan yang berjaya "menyeberangi" barisan kerusi tersebut dalam tempoh masa yang terpendek dikira sebagai pemenang.
 
Pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mengalahkan "pihak lawan" 
Ahli jawatankuasa mengingatkan pelajar tentang perkara yang perlu diberi perhatian semasa jamuan tersebut berlangsung
Guru dan ahli jawatankuasa menolong menyediakan makanan sebelum jamuan bermula
 
 
Gambar pengawas koperasi yang telah menhadiri jamuan tersebut
Cik Tan, guru penasihat Lembaga Koperasi mengemukakan cadangan untuk meningkatkan hasil jualan
Guru-guru dan pelajar-pelajar menikmati makanan yang disediakan



Majlis bersurai pada pukul 2.15 petang.

No comments:

Post a Comment