Koperasi SMK Seafield telah menjayakan sambutan minggu koperasi iaitu pada 28 Jun 2010 hingga 3 July 2010. Perasmian minggu koperasi telah dilakukan pada 28 July 2010 semasa sesi perhimpunan sekolah bagi sesi pagi dan juga sesi petang. Tema minggu koperasi bagi tahun ini adalah kreativiti dan inovasi memperkasakan koperasi sekolah. Sambutan minggu Koperasi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu kepimpinan dan keusahawanan, di samping memupuk semangat pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan.
Majlis pelancaran Hari Koperasi dipengerusikan oleh Pn. Rozita Bt Abu Talib, selaku setiausaha koperasi di tapak perhimpunan sekolah. Minggu koperasi sekolah telah dirasmikan olah Naib Yang di-Pertua PIBG SMK Seafield Encik Wong Tai Wan yang turut hadir pada mingu tersebut bagi menjayakan program kerjasama koperasi dengn pihak PIBG sekolah. Kehadiran belau telah memeriahkan lagi suasana hari perasmian koperasi dengan pelbagai program menarik yang dianjurkan sepanjang minggu koperasi sekolah.
Dipengerusikan oleh Pn Rozita, setiusaha Koperasi
Pembacaan Perutusan oleh wakil pelajar
Hari Koperasi Sekolah merupakan kaedah terbaik dalam menyemai budaya koperasi dan keusahawaan dalam kalangan para pelajar. Untuk mencapai hasrat tersebut para pelajar seharusnya bergiat aktif dalam merebut peluang melalui aktiviti koperasi yang dianjurkan untuk membangunkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ini sejajar dengan tema Hari koperasi sekolah yang lebih menitikberatkan program keusahawan di kalangan pelajar. Pelbagai aktiviti menarik dilakukan sepanjang minggu koperasi antaranya ialah, lawatan ke Cameron Highland, karnival keluarga, pameran pendidikan, khidmat masyarakat, aktiviti kitar semula serta pemberian dana cemerlang kepada pelajar cemerlang SMK Seafield. Semua aktiviti yang dianjurkan ini adalah bertujuan mencungkil kebolehan pelajar dalam aspek kepimpinan, keusahawanan, jati diri serta memupuk semangat perpaduan dikalangan pelajar-pelajar selaras dengan konsep 1 Malaysia yang dianjurkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, selaku Perdana Menteri Kita.
Akhir kata, dapatlah disimpulkan bahawa program sebegini mampu memperkasakan nilai-nilai murni ini di kalangan guru, serta pelajar disamping dapat mencungkil bakat dan kebolahan pelajar dalam pelbagai aspek terutamanya bidang keusahawanan.
Sambutan hari koperasi merupakan hari yang amat bermakna buat guru dan pelajar. Sewajarnyalah hari koperasi perlu diingati oleh semua guru dan pelajar. Oleh yang demikian Koperasi SMK Seafield telah mengambil langkah untuk memberi T-shirt kepada guru bagi memperingati sambutan hari koperasi ini. Warna kombinasi warna hijau dan biru menjadi pilihan melambangkan semangat perpaduan serta keharmonian di kalangan guru. T-shirt ini akan dijadikan pakaian rasmi guru dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. T-shirt ini telah dicetak oleh SST Team yang merupakan agen kepada Koperasi KOSPEN.
Gambar pelajar yang telah menyertai rombongan ke Tanah Tinggi Cameron
Kehijauan alam sesalju mata memandang, terasa kesegaran udara pagi
Gambar Sekitar Lawatan ke Klah Hot Spring, Sungkai Perak
Sambutan hari koperasi merupakan hari yang amat bermakna buat guru dan pelajar. Sewajarnyalah hari koperasi perlu diingati oleh semua guru dan pelajar. Oleh yang demikian Koperasi SMK Seafield telah mengambil langkah untuk memberi T-shirt kepada guru bagi memperingati sambutan hari koperasi ini. Warna kombinasi warna hijau dan biru menjadi pilihan melambangkan semangat perpaduan serta keharmonian di kalangan guru. T-shirt ini akan dijadikan pakaian rasmi guru dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. T-shirt ini telah dicetak oleh SST Team yang merupakan agen kepada Koperasi KOSPEN.
Bergaya dengan T-shirt baru pada hari karnival keluarga 10 July 2010
Alam sekitar yang bersih dapat menjamin kehidupan yang lebih selesa.Koperasi SMK Seafield menganjurkan kempen kesedaran mengumpul barangan yang boleh dikitar semula. Barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas, botal , plastik dan kaca dikumpul mengikut kelas masing-masing. Hasil jualan barangan kitar semula akan diagihkan mengikut jualan kelas masing-masing. Program ini dapat menerapkan nilai cintakan alam sekitar serta sekaligus dapat menyelamatkan bumi dari sampah sarap.
Sekitar hari pengumpulan barangan kitar semula
Gotong royong bilik guru/kedai koperasi
Motivasi dan galakkan adalah amat penting ke arah menuju hala tuju pelajar pada masa akan datang.Pameran pendidikan memberi pendedahan kepada pelajar memilih serta menilai institusi pendidikan yang sesuai buat mereka. Pemberian dana “strait A” pula adalah insentif kepada pelajar cemerlang Seafield yang mendapat keputusan semua A dalam peperiksaan pertengahan tahun. Setiap pelajar cemerlang akan menerima wang tunai sebanyak RM50.00 sumbangan daripada koperasi.
No comments:
Post a Comment