Pages

Sunday, August 8, 2010

Penyampaian Hadiah Hari Keusahawanan

     Projek pembudayaan keusahawanan telah dilaksanakan sepanjang dua minggu, Setiap kelas boleh menjalankan urusniaga semasa masa rehat bergantung kepada kreativiti mereka untuk menjual barang. Kelas/Tingkatan yang hendak masuk pertandingan keusahawanan telah mendapat modal awal daripada pihak koperasi sebanyak RM 150. Mereka boleh menjalankan pre jualan pada masa persekolah dan hari kemuncak ialah pada 10 Julai 2010 yang boleh diisytiharkan sebagai Hari Keusahawanan Koperasi SMK Seafield. Semua Pelajar telah melibatkan diri aktif dalam urusniaga jualan. Barang-barang yang dijual adalah begitu kreativi dan inovatif dan kebanyakkan adalah masakan sendiri oleh mereka. Aktiviti pembudayaan Keusahawanan memang berlaku dengan hebatnya semasa Hari Keusahawanan di Sekolah. Untuk memberi motivasi kepada semua guru dan pelajar. Kami koperasi telah menganjurkan pertandingan gerai terbaik yang akan dinilai dari segi pelbagai barang jualan, keceriaan dan kebersihan gerai, kepimpinan pelajar dan dokumentasi yang dihantar kepada koperasi.
Keputusannya ialah : 
Johan
Naib Johan
Ketiga
5 Kukuh
3 Cekap
5 Amanah
Guru : Pn Lim Ong Lang
Pn Zunaidah
Cik Noorizan
Keuntungan : RM 2,000
Keuntungan : RM 1,500
Keuntungan : RM 1,200
Modal Awal : RM 150
Modal : RM 150
Modal Awal :RM 150

Johan : 5 Kukuh
 Naib Johan : 3 Cekap
 Ketiga : 5 Amanah
     Selaras dengan slogan Hari Koperasi tahun ini iaitu Kreativiti dan Inovati memperkasakan koperasi Sekolah. Pihak koperasi telah menganjurkan pertandingan permainan yang paling kreatif dan inovatif iaitu mereka cipta Rumah Hantu yang terbaik dan dapat menarik pelanggan yang paling ramai. Terdapat lima kelas telah masuk pertandingan mereka cipta rumah hantu sempena Hari Koperasi Sekolah. Sebagai guru penilai, saya memang kagum dengan inovatif pelajar yang dapat mereka cipta rumah hantu yang begitu menatik dengan menggunakan bahan kitar semula. Untuk memberi satu pertandingan yang adil, kami AJK telah setuju akan menilai rumah hantu mereka dari keunikkan, kepimpinan pelajar, barang digunakan, susunan dalam rumah hantu, reka bentuk lampu dan keceriaan di kaunter. Keputusan adalah seperti berikut :

Kelas
Kedudukan
4 Amanah
Johan
5 Damai
Naib Johan
5 Jujur
Ketiga
4 Cekap
Keempat

Johan : 4 Amanah
Naib Johan : 5 Damai
Ketiga : 5 Jujur

     Lembaga Koperasi juga mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan wang tunai sebanyak RM 50 sebagai galakan kepada pelajar Tingkatan 3 dan 5 yang berjaya mendapat semua A dalam peperiksaan pertengahan tahun. Seramai 2 orang pelajar Tingkatan 3 dan 13 orang pelajar Tingkatan 5 yang berjaya mendapat gred A dalam semua mata pelajaran.

Gambar pelajar yang dapat "straight As" dalam peperiksaan pertengahan tahun

No comments:

Post a Comment