Pages

Sunday, August 8, 2010

Hari Anugerah Kokurikulum

     Pada 5 Ogos yang lalu, SMK Seafield telah mengadakan Hari Anugerah Kokurikulum untuk mengiktiraf keaktifan dan sumbangan pelajar dalam bidang kokurikulum seperti badan beruniform, persatuan atau kelab dan sukan atau permainan. Majlis anugerah kokurikulum bermula tepat pada pukul 2.00 petang.

 Pelajar menikmati makanan yang disediakan di kantin sebelum majlis bermula
Persembahan oleh Pancaragam Sekolah
Pengetua SMK Seafield, Puan Teh Seok Im memberikan sepatah dua kata 
Yang di-Pertua PIBG SMK Seafield Dato Abdul Rahman berucap


Pengerusi Lembaga Koperasi, Grace Cheah


Naib Pengerusi Lembaga Koperasi, Jie Yinn

Setiausaha Lembaga Koperasi, Ng Hueh Min


Bendahari Lembaga Koperasi, Jiveeta

Juruaudit Lembaga Koperasi, Voon Yee


AJK Stok Lembaga Koperasi, Ong Ye Xiang
AJK Lembaga Koperasi

AJK Lembaga Koperasi, Elaine Cheah

     Majlis bersurai pada pukul 4.00 petang.

Penyampaian Hadiah Hari Keusahawanan

     Projek pembudayaan keusahawanan telah dilaksanakan sepanjang dua minggu, Setiap kelas boleh menjalankan urusniaga semasa masa rehat bergantung kepada kreativiti mereka untuk menjual barang. Kelas/Tingkatan yang hendak masuk pertandingan keusahawanan telah mendapat modal awal daripada pihak koperasi sebanyak RM 150. Mereka boleh menjalankan pre jualan pada masa persekolah dan hari kemuncak ialah pada 10 Julai 2010 yang boleh diisytiharkan sebagai Hari Keusahawanan Koperasi SMK Seafield. Semua Pelajar telah melibatkan diri aktif dalam urusniaga jualan. Barang-barang yang dijual adalah begitu kreativi dan inovatif dan kebanyakkan adalah masakan sendiri oleh mereka. Aktiviti pembudayaan Keusahawanan memang berlaku dengan hebatnya semasa Hari Keusahawanan di Sekolah. Untuk memberi motivasi kepada semua guru dan pelajar. Kami koperasi telah menganjurkan pertandingan gerai terbaik yang akan dinilai dari segi pelbagai barang jualan, keceriaan dan kebersihan gerai, kepimpinan pelajar dan dokumentasi yang dihantar kepada koperasi.
Keputusannya ialah : 
Johan
Naib Johan
Ketiga
5 Kukuh
3 Cekap
5 Amanah
Guru : Pn Lim Ong Lang
Pn Zunaidah
Cik Noorizan
Keuntungan : RM 2,000
Keuntungan : RM 1,500
Keuntungan : RM 1,200
Modal Awal : RM 150
Modal : RM 150
Modal Awal :RM 150

Johan : 5 Kukuh
 Naib Johan : 3 Cekap
 Ketiga : 5 Amanah
     Selaras dengan slogan Hari Koperasi tahun ini iaitu Kreativiti dan Inovati memperkasakan koperasi Sekolah. Pihak koperasi telah menganjurkan pertandingan permainan yang paling kreatif dan inovatif iaitu mereka cipta Rumah Hantu yang terbaik dan dapat menarik pelanggan yang paling ramai. Terdapat lima kelas telah masuk pertandingan mereka cipta rumah hantu sempena Hari Koperasi Sekolah. Sebagai guru penilai, saya memang kagum dengan inovatif pelajar yang dapat mereka cipta rumah hantu yang begitu menatik dengan menggunakan bahan kitar semula. Untuk memberi satu pertandingan yang adil, kami AJK telah setuju akan menilai rumah hantu mereka dari keunikkan, kepimpinan pelajar, barang digunakan, susunan dalam rumah hantu, reka bentuk lampu dan keceriaan di kaunter. Keputusan adalah seperti berikut :

Kelas
Kedudukan
4 Amanah
Johan
5 Damai
Naib Johan
5 Jujur
Ketiga
4 Cekap
Keempat

Johan : 4 Amanah
Naib Johan : 5 Damai
Ketiga : 5 Jujur

     Lembaga Koperasi juga mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan wang tunai sebanyak RM 50 sebagai galakan kepada pelajar Tingkatan 3 dan 5 yang berjaya mendapat semua A dalam peperiksaan pertengahan tahun. Seramai 2 orang pelajar Tingkatan 3 dan 13 orang pelajar Tingkatan 5 yang berjaya mendapat gred A dalam semua mata pelajaran.

Gambar pelajar yang dapat "straight As" dalam peperiksaan pertengahan tahun

Jamuan Koperasi

     Untuk menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan pengawas Koperasi, Lembaga Koperasi telah mengadakan jamuan pada 30 Julai 2010. Tujuan jamuan tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan antara pengawas koperasi supaya dapat bergaul mesra antara satu sama lain tanpa mengira umur dan agama.

     Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang jamuan tersebut ialah permainan yang melibatkan dua kumpulan yang berdiri di  atas kerusi yang bertentangan. Ahli kumpulan yang berjaya "menyeberangi" barisan kerusi tersebut dalam tempoh masa yang terpendek dikira sebagai pemenang.
 
Pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mengalahkan "pihak lawan" 
Ahli jawatankuasa mengingatkan pelajar tentang perkara yang perlu diberi perhatian semasa jamuan tersebut berlangsung
Guru dan ahli jawatankuasa menolong menyediakan makanan sebelum jamuan bermula
 
 
Gambar pengawas koperasi yang telah menhadiri jamuan tersebut
Cik Tan, guru penasihat Lembaga Koperasi mengemukakan cadangan untuk meningkatkan hasil jualan
Guru-guru dan pelajar-pelajar menikmati makanan yang disediakan



Majlis bersurai pada pukul 2.15 petang.

Sunday, July 18, 2010

Sambutan Minggu Koperasi

Koperasi SMK Seafield telah menjayakan sambutan minggu koperasi iaitu pada 28 Jun 2010 hingga 3 July 2010. Perasmian minggu koperasi telah dilakukan pada 28 July 2010 semasa sesi perhimpunan sekolah bagi sesi pagi dan juga sesi petang. Tema minggu koperasi bagi tahun ini adalah kreativiti dan inovasi memperkasakan koperasi sekolah. Sambutan minggu Koperasi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu kepimpinan dan keusahawanan, di samping memupuk semangat pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan.
 
Majlis pelancaran Hari Koperasi dipengerusikan oleh Pn. Rozita Bt Abu Talib, selaku setiausaha koperasi di tapak perhimpunan sekolah. Minggu koperasi sekolah telah dirasmikan olah Naib Yang di-Pertua PIBG SMK Seafield Encik Wong Tai Wan yang turut hadir pada mingu tersebut bagi menjayakan program kerjasama koperasi dengn pihak PIBG sekolah. Kehadiran belau telah memeriahkan lagi suasana hari perasmian koperasi dengan pelbagai program menarik yang dianjurkan sepanjang minggu koperasi sekolah.
Dipengerusikan oleh Pn Rozita, setiusaha Koperasi
Pembacaan Perutusan oleh wakil pelajar
Hari Koperasi Sekolah merupakan kaedah terbaik dalam menyemai budaya koperasi dan keusahawaan dalam kalangan para pelajar. Untuk mencapai hasrat tersebut para pelajar seharusnya bergiat aktif dalam merebut peluang melalui aktiviti koperasi yang dianjurkan untuk membangunkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ini sejajar dengan tema Hari koperasi sekolah yang lebih menitikberatkan program keusahawan di kalangan pelajar.

 Pelbagai aktiviti menarik dilakukan sepanjang minggu koperasi antaranya ialah, lawatan ke Cameron Highland, karnival keluarga, pameran pendidikan, khidmat masyarakat, aktiviti kitar semula serta pemberian dana cemerlang kepada pelajar cemerlang SMK Seafield. Semua aktiviti yang dianjurkan ini adalah bertujuan mencungkil kebolehan pelajar dalam aspek kepimpinan, keusahawanan, jati diri serta memupuk semangat perpaduan dikalangan pelajar-pelajar selaras dengan konsep 1 Malaysia yang dianjurkan oleh YAB Dato Sri Mohd  Najib Tun Abdul Razak, selaku Perdana Menteri Kita.

Akhir kata, dapatlah disimpulkan bahawa program sebegini mampu memperkasakan nilai-nilai murni ini di kalangan guru, serta pelajar disamping dapat mencungkil bakat dan kebolahan pelajar dalam pelbagai aspek terutamanya bidang keusahawanan.
 Gambar pelajar yang telah menyertai rombongan ke Tanah Tinggi Cameron
 Kehijauan alam sesalju mata memandang, terasa kesegaran udara pagi
Gambar Sekitar Lawatan ke Klah Hot Spring, Sungkai Perak

Sambutan hari koperasi merupakan hari yang amat bermakna buat guru dan pelajar. Sewajarnyalah hari koperasi perlu diingati oleh semua guru dan pelajar. Oleh yang demikian Koperasi SMK Seafield telah mengambil langkah untuk memberi T-shirt kepada guru bagi memperingati sambutan hari koperasi ini. Warna kombinasi warna hijau dan biru menjadi pilihan melambangkan semangat perpaduan serta keharmonian di kalangan guru. T-shirt ini akan dijadikan pakaian rasmi guru dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. T-shirt ini telah dicetak oleh SST Team yang merupakan agen kepada Koperasi KOSPEN.
 Bergaya dengan T-shirt baru pada hari karnival keluarga 10 July 2010
 
Alam sekitar yang bersih dapat menjamin kehidupan yang lebih selesa.Koperasi SMK Seafield menganjurkan kempen kesedaran mengumpul barangan yang boleh dikitar semula. Barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas, botal , plastik dan kaca dikumpul mengikut kelas masing-masing. Hasil jualan barangan kitar semula akan diagihkan mengikut jualan kelas masing-masing. Program ini dapat menerapkan nilai cintakan alam sekitar serta sekaligus dapat menyelamatkan bumi dari sampah sarap.
Sekitar hari pengumpulan barangan kitar semula
Gotong royong bilik guru/kedai koperasi  
 Motivasi dan galakkan adalah amat penting ke arah menuju hala tuju pelajar pada masa akan datang.Pameran pendidikan memberi pendedahan kepada pelajar memilih serta menilai institusi pendidikan yang sesuai buat mereka. Pemberian dana “strait A” pula adalah insentif kepada pelajar cemerlang Seafield yang mendapat keputusan semua A dalam peperiksaan pertengahan tahun. Setiap pelajar cemerlang akan menerima wang tunai sebanyak RM50.00 sumbangan daripada koperasi.
Pameran Kerjaya dan Pendidikan

Pelajar cemerlang yang mendapat strait A