Pages

Sunday, August 8, 2010

Hari Anugerah Kokurikulum

     Pada 5 Ogos yang lalu, SMK Seafield telah mengadakan Hari Anugerah Kokurikulum untuk mengiktiraf keaktifan dan sumbangan pelajar dalam bidang kokurikulum seperti badan beruniform, persatuan atau kelab dan sukan atau permainan. Majlis anugerah kokurikulum bermula tepat pada pukul 2.00 petang.

 Pelajar menikmati makanan yang disediakan di kantin sebelum majlis bermula
Persembahan oleh Pancaragam Sekolah
Pengetua SMK Seafield, Puan Teh Seok Im memberikan sepatah dua kata 
Yang di-Pertua PIBG SMK Seafield Dato Abdul Rahman berucap


Pengerusi Lembaga Koperasi, Grace Cheah


Naib Pengerusi Lembaga Koperasi, Jie Yinn

Setiausaha Lembaga Koperasi, Ng Hueh Min


Bendahari Lembaga Koperasi, Jiveeta

Juruaudit Lembaga Koperasi, Voon Yee


AJK Stok Lembaga Koperasi, Ong Ye Xiang
AJK Lembaga Koperasi

AJK Lembaga Koperasi, Elaine Cheah

     Majlis bersurai pada pukul 4.00 petang.

Penyampaian Hadiah Hari Keusahawanan

     Projek pembudayaan keusahawanan telah dilaksanakan sepanjang dua minggu, Setiap kelas boleh menjalankan urusniaga semasa masa rehat bergantung kepada kreativiti mereka untuk menjual barang. Kelas/Tingkatan yang hendak masuk pertandingan keusahawanan telah mendapat modal awal daripada pihak koperasi sebanyak RM 150. Mereka boleh menjalankan pre jualan pada masa persekolah dan hari kemuncak ialah pada 10 Julai 2010 yang boleh diisytiharkan sebagai Hari Keusahawanan Koperasi SMK Seafield. Semua Pelajar telah melibatkan diri aktif dalam urusniaga jualan. Barang-barang yang dijual adalah begitu kreativi dan inovatif dan kebanyakkan adalah masakan sendiri oleh mereka. Aktiviti pembudayaan Keusahawanan memang berlaku dengan hebatnya semasa Hari Keusahawanan di Sekolah. Untuk memberi motivasi kepada semua guru dan pelajar. Kami koperasi telah menganjurkan pertandingan gerai terbaik yang akan dinilai dari segi pelbagai barang jualan, keceriaan dan kebersihan gerai, kepimpinan pelajar dan dokumentasi yang dihantar kepada koperasi.
Keputusannya ialah : 
Johan
Naib Johan
Ketiga
5 Kukuh
3 Cekap
5 Amanah
Guru : Pn Lim Ong Lang
Pn Zunaidah
Cik Noorizan
Keuntungan : RM 2,000
Keuntungan : RM 1,500
Keuntungan : RM 1,200
Modal Awal : RM 150
Modal : RM 150
Modal Awal :RM 150

Johan : 5 Kukuh
 Naib Johan : 3 Cekap
 Ketiga : 5 Amanah
     Selaras dengan slogan Hari Koperasi tahun ini iaitu Kreativiti dan Inovati memperkasakan koperasi Sekolah. Pihak koperasi telah menganjurkan pertandingan permainan yang paling kreatif dan inovatif iaitu mereka cipta Rumah Hantu yang terbaik dan dapat menarik pelanggan yang paling ramai. Terdapat lima kelas telah masuk pertandingan mereka cipta rumah hantu sempena Hari Koperasi Sekolah. Sebagai guru penilai, saya memang kagum dengan inovatif pelajar yang dapat mereka cipta rumah hantu yang begitu menatik dengan menggunakan bahan kitar semula. Untuk memberi satu pertandingan yang adil, kami AJK telah setuju akan menilai rumah hantu mereka dari keunikkan, kepimpinan pelajar, barang digunakan, susunan dalam rumah hantu, reka bentuk lampu dan keceriaan di kaunter. Keputusan adalah seperti berikut :

Kelas
Kedudukan
4 Amanah
Johan
5 Damai
Naib Johan
5 Jujur
Ketiga
4 Cekap
Keempat

Johan : 4 Amanah
Naib Johan : 5 Damai
Ketiga : 5 Jujur

     Lembaga Koperasi juga mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan wang tunai sebanyak RM 50 sebagai galakan kepada pelajar Tingkatan 3 dan 5 yang berjaya mendapat semua A dalam peperiksaan pertengahan tahun. Seramai 2 orang pelajar Tingkatan 3 dan 13 orang pelajar Tingkatan 5 yang berjaya mendapat gred A dalam semua mata pelajaran.

Gambar pelajar yang dapat "straight As" dalam peperiksaan pertengahan tahun

Jamuan Koperasi

     Untuk menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan pengawas Koperasi, Lembaga Koperasi telah mengadakan jamuan pada 30 Julai 2010. Tujuan jamuan tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan antara pengawas koperasi supaya dapat bergaul mesra antara satu sama lain tanpa mengira umur dan agama.

     Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang jamuan tersebut ialah permainan yang melibatkan dua kumpulan yang berdiri di  atas kerusi yang bertentangan. Ahli kumpulan yang berjaya "menyeberangi" barisan kerusi tersebut dalam tempoh masa yang terpendek dikira sebagai pemenang.
 
Pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mengalahkan "pihak lawan" 
Ahli jawatankuasa mengingatkan pelajar tentang perkara yang perlu diberi perhatian semasa jamuan tersebut berlangsung
Guru dan ahli jawatankuasa menolong menyediakan makanan sebelum jamuan bermula
 
 
Gambar pengawas koperasi yang telah menhadiri jamuan tersebut
Cik Tan, guru penasihat Lembaga Koperasi mengemukakan cadangan untuk meningkatkan hasil jualan
Guru-guru dan pelajar-pelajar menikmati makanan yang disediakan



Majlis bersurai pada pukul 2.15 petang.